AllFreePapers.com - All Free Papers and Essays for All Students
Search

Teori Kedatangan Islam Dari China

Autor:   •  March 4, 2016  •  Research Paper  •  880 Words (4 Pages)  •  1,031 Views

Page 1 of 4

TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA


TEORI AWAL KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA

Ahli – ahli sejarah belum dapat memberikan jawapan yang tepat mengenai tarikh sebenar islam bertapak, tempat yang pertama menerima islam dan juga asal usul kedatangan islam di alam Tanah Melayu. Mengenai tarikh, ada beberapa tarikh yang dikemukakan. Batu bersurat yang ditemui di Gerisek menunjukkan islam telah ada sejak tahun 1802.

Namun disini, saya ingin mengetengahkan tentang bukti- bukti teori kedatangan islam dari China. Pendapat ini berdasarkan catitan orang- orang Cina yang mengatakan terdapat seramai 120,000 orang islam yang tinggal di Canton pada abad ke-9. Apabila pemberontakan berlaku di daerah selatan China, orang- orang islam ini melarikan diri ke bahagian selatan dan menjadikan Kedah dan Palembang sebagai pusat kegiatan perdagangan mereka. Teori ini juga diperkuatkan lagi dengan terjumpanya batu bersurat di Phan-Rang Kemboja dalam tahun 1309. Tarikh ini bersesuaian dengan penemuan batu bersurat di Gerisek pada tahun 1802. Batu bersurat yang dijumpai di Terengganu pula bertarikh 1303, iaitu lebih awal dari pengislaman Melaka. Bukti- bukti dari Arab juga dapat menyokong pendapat ini. Misalnya Khalifah Usman bin Affan telah menghantar Saad bin Abi Waqqas ke China. Duta- duta lain juga telah dihantar oleh pemerintahan Islam kemudiannya. Duta kedua dikatakan telah meletakkan batu asas sebuah masjid di Canton. Dicatitkan juga bahawa pada tahun 954-59 Masihi, seorang utusan Islam bernama Abu Hassan ada mengunjungi Emperor China. Orang- orang Champa (Indo-China ) pula, mendakwa mereka telahpun menganut agama Islam semenjak abad ke-12 lagi. Professor Kern menguatkan lagi pendapat ini dengan dengan menyatakan bahawa orang- orang Melayu dating dari Indo-China dan terus mengadakan hubungan baik dengan daerah tersebut berabad- abad kemudian.  

Untuk mengukuhkan lagi bukti kedatangan Islam adalah dari China, terdapat beberapa teori daripada tokoh- tokoh dunia. Teori kedatangan Islam dari China dikemukakan oleh Emanuel Gadinho de Eredia yang merupakan ahli Matematik Sepanyol dan juga saintis dan juga S. Q. Fatimi. Alasan yang menyokong pendapat beliau adalah wujudnya hubungan perdagangan antara pedagang Arab dengan Canton.

 Semenjak abad kesembilan Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga cina di negeri China. Kemudian, peniaga cina yang beragama Islam telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana. Teori yang seterusnya pula dikemukakan oleh S.Q Fatimi. Terdapat beberapa bukti yang menyokong pendapat S.Q Fatimi. Antaranya ialah berlakunya perpindahan secara beramai- ramai ke Asia Tenggara. Pada sekitar tahun 876 Masihi, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy telah berpindah secara beramai- ramai ke Asia Tenggara.

...

Download as:   txt (6 Kb)   pdf (244.3 Kb)   docx (158.4 Kb)  
Continue for 3 more pages »