Bukit Bendera
Autor: sharon Ng • June 4, 2016 • Research Paper • 1,530 Words (7 Pages) • 455 Views
Bukit Bendera
Sebut sahaja Bukit Bendera pasti ramai yang membayangkan suasana yang sejuk, pemandangan menarik dan keretapi kabel. Jika bercuti ke penang, tidak lengkap jika tidak mengunjungi lokasi percutian menarik ini. Ia adalah pusat peranginan yang telah lama dibangunkan, lebih 200 tahun yang lalu. Pasti ada keistimewaan yang tersendiri mengapa Bukit Bendera sering dijadikan lokasi percutian menarik bersama keluarga atau rakan-rakan. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi pengalaman bercuti ke Bukit Bendera, tempat menarik yang boleh dilawati dan aktiviti yang boleh dilakukan di puncak bukit sebagai panduan pembaca semua.
Sejarah Bukit Bendera
Mengikut sejarah, Bukit Bendera atau Penang Hill ini mula dibagunkan pada tahun1788 oleh British. Bukit setinggi 830 meter dari aras laut ini menjadi pilihan kerana suhu yang sejuk dipuncak bukit dan pemandangan yang cantik amat sesuai dijadikan lokasi istirehat pegawai British semasa cuaca panas.Di puncak bukit ini terdapat Bel Retiro iaitu penempatan gabenor British dan beberapa buah rumah lain milik pegawai awam dan tentera British. Kemudian pejabat pos dibina pada tahun 1894, Crag Hotel pada1895 dan balai polis pada tahun 1929.Diawal pembangunannya, Francis Light telah mengerahkan banduan-banduan sebagai buruh untuk membangunkan Bukit Bendera. Pada tahun 1897, permohonan rasmi telah dibuat kepada Penang Resident Counselor badi membina perkhidmatan keretapi tarik dengan kawat ke puncak Bukit Bendera. Walau bagaimanapun Rang Undang-Undang hanya diluluskan pada tahun 1899.Dengan terbinanya perkhidmatan keretapi tarik ini, Bukit Bendera semakin terkenal dan menjadi lokasi istirehat kawasan tanah tinggi yang utama selain Bukit Larut atau Maxwell Hill di Taiping, Perak.
Harga tiket Keretapi Bukit Bendera
- Fast Lane (Adult) – Rm60 standard biasa, Mykad RM20
- Fast Lane (Child) – RM30 standard biasa, Mykad Rm8
- Dewasa – Rm30 standard biasa, Mykad RM10
- Warga emas – Rm30 standard biasa, Mykad RM4
- Kanak-kanak 4-12 tahun – RM15 standard biasa, Mykad RM4
- Pelajar sekolah/ Kolej/ Universiti – RM15 standard biasa, Mykad RM4
- Sehala(dewasa) – RM17 standard biasa, Mykad RM5
- Sehala(kanak-kanak) – RM10 standard biasa, Mykad RM 2
- Pass bulanan – RM100 standard biasa, Mykad RM40
- Pass tahunan – RM100 standard biasa, Mykad RM400
- Orang kurang upaya – Percuma
Apa yang menarik di Bukit Bendera?
Destinasi menarik ini akan mula sesak apabila musim cuti sekolah, cuti umum dan hari minggu. Seperti yang dinyatakan diatas tadi, antara tarikan yang ada di Bukit Bendera ialah kesan peninggalan sejarah yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Pengunjung dapat melihat stesen keretapi asal yang dibina pada tahun 1923, gerabak keretapi lama yang dipamerkan di puncak bukit, rumah-rumah lama peninggalan British, rumah-rumah lama peninggalan British, balai polis dan lain-lain.
...