AllFreePapers.com - All Free Papers and Essays for All Students
Search

Hubungan Diantara Pemasaran Dan Usahawan (malay)

Autor:   •  March 8, 2011  •  Term Paper  •  1,612 Words (7 Pages)  •  1,545 Views

Page 1 of 7

2.0 HUBUNGAN DIANTARA PEMASARAN DAN USAHAWAN

Era globalisasi ini, persaingan dalam menjalankan perniagaan ataupun urusniaga yang melibatkan barangan dan perkhidmatan semakin sengit di pasaran tempatan mahupun pasaran antarabangasa. Para usahawan yang ingin perniagaan mereka terus bertumbuh dan kekal aktif di pasaran amat memerlukan perubahan berterusan dari segi strategi pemasaran, reka bentuk produk dan perkhidmatan melalui proses inovasi yang lebih cekap dan berkesan. Kebanyakan usahawan yang berjaya dan kekal sampai sekarang seperti PETRONAS, melakukan perubahan berterusan dalam inovasi yang tinggi dengan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam organisasi. Ini kerana, persaingan perniagaan pada masa kini amat memerlukan pembaharuan dan ciptaan yang terkini bagi memenuhi kehendak dan keperluan semasa masyarakat sebagai "pelanggan" yang menentukan pemenang.

Oleh yang demikian, proses inovasi amat diperlukan untuk mencipta dunia baru yang dipenuhi dengan keunikan dan kreatif dengan penggunan teknologi yang terbaik. Proses inovasi meningkatkan daya penghasilan, mengurangkan pembiayaan ke atas peningkatan penghasilan dan meningkatkan kepuasan kerja para usahawan. Bukan itu sahaja, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi turut dapat diperkenalakn kepada pengguna di pasaran melalui perlbagai cara dalam bidang pemasaran.

2.1 Perubahan Teknologi (Technological Change)

Menurut Drucker (1963), dua fungsi utama untuk sesebuah perniagaan ialah pemasaran dan inovasi. Merujuk kepada Willian M.Pride dan O.C Ferrell (1993), pemasaran merupakan aktiviti yang melibatkan pemilihan dan analisis sasaran pasaran iaitu "pelanggan" serta menghasilkan sesuatu produk dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan mereka. Oleh itu, strategi pemasaran yang baik amat penting untuk menarik perhatian para pelanggan. Ini kerana tanpa pemasaran yang baik, sesuatu perniagaan yang dijalankan tidak akan menjanjikan kejayaan kepada seseorang usahawan di pasaran. Perubahan teknologi dalam pasaran banyak mempengaruhi aktiviti proses inovasi produk yang semakin berkembang. Selaras itu, strategi pemasaran yang digunakan turut berubah dengan cepat daripada mengunakan kaedah media cetak kepada media elektronik.

Tambahan pula, kebanyakan usahawan masa kurang pengetahuan tentang penggunaan teknologi maklumat (ICT) dan tidak dapat mengusahai strategi pemasaran dengan baik, dimana menggunakan pengiklanan produk dan perkhidmatan secara konvensional. Selain itu, usahawan tidak menggunakan teknologi internet seperti laman web, blog dan sebagainya. Ramai usahawan yang tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak sekadar untuk promosi pengiklanan, mereka lebih senang mengunakan pengiklanan secara tradisional seperti media cetak contonya, risalah dan akhbar.

Sehubungan dengan itu, Stalling dan Richard Van Slyke (1997) menjelaskan

...

Download as:   txt (12.6 Kb)   pdf (151.8 Kb)   docx (14.1 Kb)  
Continue for 6 more pages »