Manfaat Globalisasi Dalam Bidang Ekonomi
Autor: Jia Hui Pek • April 7, 2016 • Coursework • 586 Words (3 Pages) • 827 Views
Manfaat Globalisasi dalam bidang Ekonomi
Proses globalisasi telah meninggalkan berbagai-bagai kesan dan manfaat terhadap Barat. Untuk melihat kebaikan globalisasi terhadap Barat dalam bidang ekonomi, kita harus memerhatikan terlebih dahulu aspek-aspek yang berkaitan dengan ekonomi seperti tenaga kerja, pasaran produk,modal tambahan dan sebagainya.
Pertamanya, globalisasi yang membawa kesan global tenaga kerja amat memanfaatkan masyarakat Barat. Oleh sebab pembezaaan antara taraf pendidikan, jumlah buruh dan kepakaran, negara memerlukan tenaga kerja yang tidak sama. Pekerja dapat mencari kerja yang lebih sesuai sendiri akibat globalsasi. Mengikuti situasi ekonomi negara, sumber tenaga kerja juga dapat dibahagikan dan digunakan dengan efisien.Contohnya, banyak negara berkembang di Asia memerlukan orang kepakaran dalam pelbagai bidang terutamanya bidang teknologi. Sebagai negara maju yang canggih, Amerika boleh mendapat peluang untuk bekerja di negara-negara tersebut. Dengan ini, peluang perkerjaan negara Barat bukan sahaja dapat ditingkatkan, tetapi juga kadar pengangguran negara Barat direndahkan.
Pada zaman dahulu, barang-barang yang dikeluarkan hanya dijual dalam pasaran domestik. Manakala, produk yang dihasilkan di sesebuah negara boleh dijual ke negara lain kesan globalisasi. Pasaran dan jualan produk akan diluaskan dan pembangunan ekonomi negara akan dimajukan. Kesan ini amat ketara di negara Barat. Barat telah berjaya memperkenal dan mempromosikan jenama produk mereka ke antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti kereta,baju, beg tangan, teknologi informasi dan komunikasi, makanan dan lain-lain.Fenomena ini telah mempengaruhi kehidupan penduduk tempatan dengan dalam. Contohnya, McDonald’s merupakan rangkaian restoran makanan segera yang berasal dari Amerika dan terbesar di dunia. McDonald's telah menjadi lambang globalisasi, kekadangnya dirujuk sebagai "Mcdonaldisasi" masyarakat. Majalah The Economist menggunakan "Indeks Big Mac" (harga untuk hamburger Big Mac) sebagai sukatan tidak rasmi untuk mengukur pariti kuasa beli antara mata wang negara-negara di dunia.
Seterusnya, globalisasi meningkatkan kualiti produk dan produktiviti negara Barat. Dengan teori ‘Keuntungan Komparatif’ yang dilaparkan oleh David Ricardo, kualiti produk dan produktiviti dapat ditambahkan melalui spesialisasi, iaitu setiap negara memproduksi barang dalam bidang kepakaran lalu menjalankan perdagangan antarabangsa. Dengan hal demikian, suatu bangsa dapat meningkatkan taraf kehidupan dan pendapatan jika melakukan spesialisasi produksi barang atau jasa yang memiliki produkvitas dan efisiensi tinggi. Lagipun, Barat dapat menghasilkan produk-produk mereka dengan lebih efisien dan kos pengeluaran yang lebih rendah jika menghasilkan produk-produk di tempat yang paling sesuai. Contohnya, Ford mengeluarkan bahagian-bahagian atau aksesori-aksesori kereta di beberapa negara untuk mengurangkan kos pengeluran supaya meningkatkan daya persaingan syarikat.
...